Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Alkisah cerita penjelajahanku

Banyak kot cerita yang aku nak kongsi . Tak tau nak start yang mana satu dulu . Okay , let me begin with alkisah aku ke Uitm Merbok TERCINTA .

11 März 2011 ,

Aku bertolak pukul 4.00 petang naik Aeroline . Memang SUPERB bas diorang . Sejibik macam perkhidmatan kapal terbang . Berbaloila kan dengan harga dia , cuma terkilan sikit pasal tak dapat makan SUBWAY .... waaaaa~~~~~~ nak subway~~~ .. *kegedikan disitu ye* . Tapi seriously , best . (steward pon boleh tahan .. teett , gatal sudah ) . Sampai je kat sana , aku terpaksa menunggu BESTIES ku ambik . Time tu memang cuak terlampau okay sebab takot diorang give up nak cari aku coz macam dah nak ke arah kesesatan . HAHAA . Nasib ada si Pa'ie (juru tunjuk jalan yang berkaliber) , Akeem (BF si Pa'ie merangkap juru pandu yang paling terbaik di Malaysia) , Lekha (si penghibur yang kuat tidur) dan Linie (si kecik yang comel pelembut hati) . Akhirnya diorang jumpa jugak aku kat depan Queensbay , tepi jalan . :P

Malam tu memang malam untuk meronda . Tempat first yang kami tuju ialah di tempat makan kerana si Lekha bising perot dah lapar . (aku pon sebenarnya , tapi lebih kepada lapar tekak .. dahagalaa ..) Lepas je makan kitorang lepak kat tepi jalan sambil melalak bermain gitar . Yang melalak sungguh-sungguh cuma aku dan Lekha sahaja . Nak dengar suara Linie amatlah susah okay . Pa'ie pulak "sibuk" . Hahaa , apa-apa pon aku memang have fun gila . Sedar tak sedar jam dah tunjuk pukul 4.00 pagi . Sumpah ngantuk , masuk je kereta aku pon apa lagi .. ZZZZZZZ .. HAHAA , sedar-sedar dah pagi , then cari masjid .


12 März 2011 ,

Lepas bersihkan diri kemudian tuju ke destinasi yang seterusnya .... Tempat makan , lepas perot masing-masing kenyang kitorang menuju ke Pantai~~~~~~ emmm , Pantai~~~ .. aku lupa nama .... Hah , Pantai Batu Feringgi . Tau pon setelah call Pa'ie . Lepas tangkap gambar je terusla ke Taman Bunga . Memang cantik . Tapi banyak MONYET ! SUMPAHH aku takott !!! Lepas dah penat jalan , aku dan Lekha singgah makan aiskrim yang besar . HAHAA .. Sedap , tapi aku cepat sikit muak dengan benda manis , tapi habislah jugak kan ..

Lepas tu kitorang menuju ke Queensbay untuk tengok movie Merong Mahawangsa . DOUBLE THUMBS UP untuk movie ni . Tahniah kepada KRU PRODUCTION . Movie ni adalah salah satu movie yang tak malu untuk kita nak tunjukkan orang luar . TERBAIKK ! Tapi permulaan cerita tu aku tertidor la jugak kan pasal penat sangat kot . Tapi lepas dah start part yang best ,  terus mata aku ni segar-bugar beb ! Lepas je kitorang dah settle dengan movie tu , maka geraklah kitaorang balik ke Uitm .

Sesampainya ke Uitm tercinta , waaaaaaaaaa !!!!!!!!!!!! Macam nak nangis pon ada , tak sangka aku sampai jugak kat sini . Teramat berbangga . Billionan Terima Kasih , Thank You , Vielen Dank , Xie Xie , Arigatou kepada Akeem yang dah bersusah payah hantar kitorang . So , aku pon menginapla di bilik Lekha malam tu . Bila nak tidor tu , aku baring kat lantai , akibatnya dibebella dengan makcik sorang ni . Tapi aku pekakkan je telinga ni . Dia pon selalu je tak dengar apa yang aku cerita . SORRYLA LEKHA ye . :P
Tapi memang best sangat .

13 März 2011 ,

Esoknya tunggu la dia balik kelas . Petang tu , aku terima SMS dari orang tua tercinta ,
"Syg, mlm ni bz x?"
"Tak kot . kenapa ?"

Terus je phone aku ni berdering , keluar nama DPAD-Hisham . Tapi aku dah agak bukan Hisham yang call tu . Malam ni jumpala aku dengan bebudak kelas kan . Memangla tak semua ada , tapi aku dapatla jumpa dengan bebudak yang aku nak jumpa and yang rapat dengan aku . Tapi Yan dengan Kira takdela pulak . Tapi takpela , yang penting dapat jumpa . Masa makan tu Syafiq bagi aku band tangan yang dia beli kat Pangkor . Yang sweetnya , dia yang pakaikan kat tangan aku . Maybe pada korang , takde benda . Tapi pada aku .... waaaaaaahhh , sweetnyalah kan "heater" aku ni . :) Pastu kitorang balik , nasib member-member dia paham aku , diorang jalan depan . So , dapatla aku jalan dengan Syafiq . :) Thanks ye Ganu , Hasif , Luqman , Arif and Hisham . Sayangla kan kat korang . Tak lupa lah jugak kengkawan perempuan aku . Lekha , Linie , Pa'ie . HEHEE . Balik je bilik terus lepak borak , main gitar dengan Lekha .. Tolong dia buat assignment . 

14 März 2011 ,

Esoknya , aku lepak makan dengan Yan dengan Kira pulak . Thanks sebab belanja aku yong tau fu Kira . Nanti kau datang sini aku belanja pulak ye . Then , Teha dengan Mira pon join sekali . Tak sangka dorang cari aku . Tapi cam pelik tak jumpa Julit si pipi tembam tu . Tapi takpela , yang penting jumpa jugak . Then Kira dengan Yan hantar aku sampai kat Blok Mahsuri tu . Thanks korang .

15 März 2011 , 

Petang tu aku , Lekha , Pa'ie and cik Linie keluar makan kat tempat makan depan Uitm . Makan Char Kuey Teow . Sedapla jugak . Then aku bungkus sekali untuk Fatin , Kak Mumu , Kak Fatin dengan Kak Farah . Sebab ada perjanjian dengan diorang . Tapi yang tak bestnya Syafiq tak join . Masa call beriya-iya kata nak join . Sedih jekan . Depan member boleh lah buat senyum , dalam hati .. Sabar jela . Then , malam tu aku lepak bilik Kak Mumu . Dan makan la dengan diorang . Memang best dapat borak dengan diorang sampai tak sedar dah lambat , so terbatal temu janji dengan  buah hati saya . Agak dah yang dia mesti merajok punya . Tapi tak sangka akan jadi worse than i thought . Emm , balik je try give him a ring . Tapi satu pon tak diangkat . Memang handphone jadi mangsalakan . Kena main campak-campak . Lepastu , aku capai gitar main lagu Munajat Cinta , dah Lekha menangis pulak .. Adoi la kan . nyesal main . 

Malam tu Linie tak jadi tidor bilik Lekha , Pa'ie pulak datang setelah aku suruh . *sebab aku dah cuak Lekha dok nangis* Malam tu sempatlah buat beberapa video yang cam bengong and video untuk birthday Sue . Lepas tu , kitorang pon membuta .

16 März 2011 , 

Hari yang aku taknak muncul , muncul jugak akhirnya . Tamatlah kisah aku kat Uitm ni bersama-sama rakan aku yang aku sayang gila . Tapi before balik tu sempatla buat video terakhir yang buat aku nak nangis . Sampai je teksi , aku dah tau yang aku kena kuat . Maira , please don't cry . U'll be meenting them soon . Aku tau aku memang akan jumpa jugak diorang nanti . Dalam teksi tu aku message diorang . Lepas tu je , mengalirla air mata daraku . Ceh , tak boleh belah . Sampai je kat stesen bas , aku dah start macam takde mood . Dalam bas tu aku gaduh dengan Syafiq . Sampai aku tak tahan , aku message mintak putus . Aku tau salah aku pon . Dia dah banyak kali sabar dengan aku . Then , aku nangis sampai mata bengkak . 

Aku tiba kat Shah Alam dalam pukul 5.00 petang . Then , ibu dengan kak Nora on sampai . Aku pon cerita kat diorang , tapi aku yang kena bebel dengan ibu . Ibu suruh mintak maaf kat Syafiq . Petang tu aku call dia . And kitorang mengaku yang tu salah kitorang sama-sama . So , berbaiklah kitorang . :D
Thanks kepada Pa'ie , Lekha and Linie sebab bagi ceramah free dekat Syafiq ye . :)

see you all next time ,
jumpa lagi ,
bis zum nächste mal .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.