Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
"SKUAD , DARI KANAN NOMBOR , " jerit ketua komander kami (Faiz Shuhaimi) . Lalu kedengaranla suara rakan rakan ku menyebut nombor giliran masing masing . Setelah dibahagikan nombor , kami pula diberi 2 kumpulan . Kumpulan 1 : nombor genap . Kumpulan 2 : nombor ganjil . Setelah itu , kami pula diberi arahan , "NOMBOR GENAP 1 LANGKAH KEHADAPAN , NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE BELAKANG , DARI KANAN CEPAT GERAK *lebih kurang la*" . Dalam hatiku berbisik ... 'AISH , MACAM SALAH JE KOMAN DIA *dulu aku bekas ahli kawad KRS* . BUKAN NOMBOR GENAP 1 LANGKAH KEHADAPAN , NOMBOR GANJIL 1 LANGKAH KE BELAKANG KE ?' namun aku tidak berani bersuara kerana aku takut aku akan dipersalahkan kerana aku juga sudah lama meninggalkan bidang ini , jika tidak salah lebih kurang 3 tahun . Jadi kemungkinan caranya sudah berubah . Namun hatiku masih tak tenteram *tula , taknak bersuara , PADAN MUKA* . Kemudian ku dengar rakan rakan ku mula menyuarakan pendapat mereka . Tidak ku sangka pendapat mereka sama dengan pendapat aku . Namun aku tidak menyalahkan Komander kami iaitu Faiz . Ini terjadi mungkin dia terkeliru dengan arahan penolongnya , Cik Nadhirah . Maka tercetusnya perang mulut diantara mereka(bahagian budak budak tinggi , aku dibahagian budak budak kurang ketinggian *tidak suka menggunakan ayat PENDEK*) . Aku cuma berdiam diri . Namum tidak sampai 5 minit , Faiz menghampiri aku . Lalu bertanyala dia soalan ini , "KAU DULU KAWAD KAN ? DIA GUNA KOMAN MACAM MANA EA ?" . "SEPATUTNYA MACAM YANG SYATUL CAKAP TULA ," akhirnya terkeluar jugalah pandangan aku . Kemudian kulihat Faiz membuka MANUAL kawad KRS . 'LA , MAMAT NI ADA KE MANUALNYA ? APASAL TAK TENGOK DARI TADI ? BIKIN HAVOC INI TEMPAT SAJA ,' bisik hatiku lagi . Selepas beberapa puluh minit berpeluh ketiak , akhirnya habislah latihan kami *saya mengaku saya sangat suka kawad , tapi kena tahan penat jela* . Setelah aku dan rakan rakan keluar baris , kitorang diberi motivati oleh DR. GHAZALI BIN TAIB . Motivasi yang bagiku amat membina . Setelah itu , kami melakukan 1 lagi aktiviti iaitu nyanyian lagu yang dipilih kami . Best okay ! DR. GHAZ nyanyi sekali . haha . GERMAN pulak kan .  Bila aku balik je , aku dapat phone call dari ibu tercinta . Ibu cakap dia dah sampai and bawakkan aku makanan . 'YAY ! SAYANG IBU GILA BANYAK .' ibuku memang seorang yang prihatin . Ditambah pulak ayah yang sangat menyokong kehendak ku . SAYANG GILA LA KAT KORANG ! Then , borak borakla kami dibawah sekejap . Lalu ibu dan ayahku pulang .... Ayahku pulang dari kota , ayahku belikan kereta , kereta kecil warna merah . Boleh ku bawak datang IPBA . lalalal~~~ . Gedik kot ! Okay , sampai je bilik aku terus Solat *tunaikan yang wajib dulu okay*  . Kemudian ku capai telefon bimbit ku dan terus ku dial nombor 'orang tua'ku . Maka berceritalah aku padanya *aku pon tak tau cita apa , aku main cerita je semua* . Kesian gila dia . Dari suara , dapat ku agak yang dia sangat letih and penat . Namun masih juga dilayannya kerenah aku yang entah apa apa ni . Tiba tiba , wujudlah perasaan kesian kat hati aku ni . Aku pon apa lagi , bagi green light la kat dia nak tidor . Then , aku call pulak parents aku *bagoskan ? haha ;P* cakap thanks sebab belanja roti and nutella and biskut oreo . Dan ku sampaikan jua ucapan Terima Kasih dari Syatul . Setelah itu , terus ku capai Salad dan aku basuh kerana perut ku sudah berkeroncong . Maka jadilah aku kambing untuk minggu ini sebab asyik melahap Salad je . Setelah habis menyental Salad , aku terus membuka lappy kesayanganku ini dan terus aku membuka FB ku di page RockMelt yang kak Tifah kenal kan padaku . Dan tiba tiba rasa macam .... 'EYH , NAK UPDATE BLOGLA . ' . Maka berbloggingla aku tika ini . Haih , janji dengan syatul nak pi bilik dia after maghrib . CEPAT MAIRA ! haha . Malam ini kitorang nak tengok movie . Tak tau lagi nak tengok cite apa . Maka tamatla kisah ku pada hari ini ..  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.